Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu melalui TMK sekolah menengah telah diadakan di IPG, Kampus Perempuan Melayu Melaka bermula 4 April hingga 29 April 2011. KDP 4 minggu ini diadakan bertujuan melatih guru-guru bagi memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan terutama melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Harapan kami, guru yang menyertai kursus ini sangat besar iaitu ingin menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berkaitan dunia teknologi maklumat (TMK) daripada tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan. Semoga ilmu tersebut dapat kami gunakan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dengan lebih baik, kreatif dan inovatif terhadap anak didik kami.
No comments:
Post a Comment