ANTOLOGI HARGA REMAJA
CERPEN 1 : IBU DAN CEPER
SINOPSIS
- Sungai Ceper mengalirkan airnya dengan arus yang kuat (kekuatan sungai Ceper sama seperti kegigihan ibunya).
- Sungai Ceper belum tercemar berfungsi mengairi sawah padi yang dikerjakan oleh ibu bagi menyara keluarganya.
- Ibu rajin, Selain bersawah,ibu juga menetak mengkuang dan aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan (membantu kenduri-kendara & menziarahi jiran jika ada kematian)
- Bapanya banyak menghabiskan masa memikat burung ketitir & kurang membantu menyara keluarga.
- Sungai Ceper pernah mendatangkan bencana banjir yang memusnahkan padi yang ditanam oleh ibu & seluruh penduduk menjadi papa kedana kerana padi musnah.
- Kemarau turut mengancam yang menyebabkan padi mati & ibu terpaksa mendapatkan bekalan air dari perigi.
- Penulis teringat akan kisah ibunya yang tidak dapat bekerja kerana setelah terjatuh terlanggar tunggul kayu. Ibu lumpuh dan tidak bergerak lagi. Bapa pula semakin tua dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu menyara keluarganya.
- Penulis juga kesal atas kesilapannya menjaga ibunya yang sudah tua kerana mengguris perasaan ibunya.
- Keadaan sungai Ceper semakin kotor akibat pencemaran & sungai semakin cetek.malah tidak bergerak lagi. Kekotoran yang terdapat dalam sungai Ceper amatlah menjijikkan.
- Kini, penulis dan keluarganya mengambil alih kerja-kerja mengusahakan sawah padi. Namun Ceper tidak mampu mengairi sawah lagi seperti dulu. Kematian ibunya sama keadaannya seperti yang dialami oleh Ceper.
TEMA
Pencemaran alam sekitar dan kasih sayang terhadap ibu .
Contoh : Kehidupan seorang ibu yang hidupnya dikaitkan dengan sungai Ceper.
PERSOALAN
1. Kegigihan seorang wanita dalam memikul tanggungjawab sebagai
isteri dan ibu dalam menyara keluarga.
2. Kurangnya kesedaran masyarakat dalam hal penjagaan alam sekitar
3. Ketabahan anak yang menjaga kebajikan ibunya yang telah tua
4. Kepentingan air dalam kehidupan manusia
LATAR LATAR TEMPAT
i)Tempat
1. Sebuah desa –terdapat kawasan sawah padi & sebatang sungai yang mengairinya.
2. Hutan belantara –tempat memikat burung ketitir.
3. Telaga- tempat ibu mengambil air ketika musim kemarau.
ii) Masa
- Pada waktu siang dan malam
iii) Masyarakat
1. Masyarakat kampung yang mengusahakan sawah padi
2. Masyarakat yang sering mengalami kesempitan hidup akibat bencana alam.
3. Masyarakat desa yang hidup saling membantu.
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Ibu
Watak utama
i- Watak utama
ii)) Seorang yang bertanggungjawab.
Contohnya, ibu melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara keluarganya.
iii. Seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan
Contohnya, ibu sering menyertai kenduri-kendara dan menziarahi keluarga penduduk jika ada kematian.
iv- Seorang yang rajin
Contohnya, ibu melakukan pelbagai pekerjaan walaupun pekerjaan tersebut sukar bagi seorang wanita.
v- Seorang yang tabah
Contohnya , ibu tabah mengharungi pelbagai cabaran terutama ketika banjir dan kemarau.
2. Bapa
i- Suami kepada ibu
ii- Seorang yang tidak bertanggungjawab.
Cth: Bapa tidak turun ke sawah untuk menyara kehidupan keluarga.
iii- Seorang yang suka membuang masa dengan hobinya.
Cth; Bapa banyak menghabiskan masanya dengan memikat burung ketitir.
iv. Seorang yang penyayang.
Cth; Bapa membantu menjaga cucu dan memicit kaki isterinya yang sakit. kaki isterinya yang sakit.
3. Aku
i.Anak tunggal dalam keluarga
ii.Sudah berkahwin & mempunyai 2 orang anak dan sudah bercucu.
iii.Seorang yang bertanggungjawab.
Cth: Aku menjaga kedua-dua ibu bapa yang telah tua.
iv. Seorang yang prihatin.
Cth: Aku mengetahui tentang kesusahan yang dialami oleh ibunya dan mendalami perasaan ibunya.