Bahan Komsas

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN


Bab1: Pucuk-Pucuk Kayu Di Hadapan Mata

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.


Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada


Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipit dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui x-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.


Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran


Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya faridah yang nasih hilang.


Bab 5 : Bukit Kutu


Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.


Bab 6 : Hanya pada Harapan


Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.


Bab 7 : Kabus di Perbukitan


Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.


Bab 8 : Terus Mencari


Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.


Bab 9 : Pekan Sungai Kubu


Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.


Bab 10 : Kauhadir dalam Igauan


Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.


Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan


Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.


Bab 12 : Tekad


Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.


Bab 13 : Rindu


Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.


Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi


Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.


Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi


Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.


Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi


Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.


Bab 17 : Penyembelihan Kambing


Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.


Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata


Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodokannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.


Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas


Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.


Bab 20 : Pendatang


Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayangnwajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.


Bab 21 : Tak Ingin Tahu


Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.




Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya. 

Bab 23:Melihat Dalam Diri


Perubahan Benny semakin dirasai isterinya, Melina. Bennya sering pergi ke luar daerah tetapi tidak pernah membawa bersama. Kali terakhir dia dibawa bersama ke Kuala Lumpur ialah pada tiga bulan lalu setelah dia merengek mahu membeli-belah pakaian baharu. Seperti biasa, Khadijah, anak gadis Haji Awang akan datang menemaninya. Melina berasa serba salah apabila dia kerap menemaninya namun Khadijah menerangkannya dengan memberitahu bahawa Haji Awang sering meminta dia menemani Melina. jauh di sudut hatinya, Melina sangat berterima kasih kerapa Haji Awang yang tulus membantunya. Melina dan Khadijah duduk di beranda sambil bercerita tentang pembunuhan yang dibacanya dalam akhbar akhir-akhir ini. Tiba-tiba Melina teringat akan ibunya yang menguruskan keluarganya dengan sempurna. Ibunya juga pernah menceritakan pengalaman hidupnya sewaktu kecil mengutip telur itik untuk digoreng sebagai makanan tengah hari. Tidak semena-menan Melina berhasrat melihat kampung halaman ibunya di Sungai Besar.


Bab 24: Lambaian Hati

Ketika Zain ke rumah Anne, dia berbual-bual tentang pelbagai perihal dengan Faridah. Faridah sangat gembira apabila mengetahui Zain berasal daripada Sungai Besar. Dia sangat merindu kampong halamannya. Dia teringat sawah padi dan ubi yang selalu menjadi sarapan mereka. Setelah berbual panjang, Anne mencadangkan agar mereka ke Malaysia cuti semester dan menumpang rumah Zain. Selain pulang ke kampong Faridah, mereka juga boleh pergi melawat Melina yang telah menerap di sana.  Faridah sangat menyenangi persahabatan Zain dan Anne. Dia berharap agar persahabatan mereka berakhir dengan perkahwinan dam Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di tanah ibunda.


Bab 25: Menghapus Dosa

Mehmood, Benny dan Mohamed Attar mengunjungi rumah Ustaz Hassan Syukri untuk bertukar pendapat. Ustaz Hassan Syukri yang sudah berumahtangga sudah tidak segan mengajak orang bertandang ke rumahnya. Sambil menjami hidangan, mereka mula berbincang mengenai pengamalan agama Islam di Negara kita ini. Ustaz Hassan Syukri berpendapat bahawa agama Islam boleh diamalkan mengikut budaya dan amalan masing-masing selagi tidak melanggar Syariat, sebagaimana yang berlaku di Negara ini. Beliau mengumpamakan agama Islam seperti sekeping roti. Mereka juga berbincang tentang budaya orang Melayu yang berbeza-beza. Beberapa tahun kemudian, mereka beransur pulang. Dalam perjalanan, mereka berbual tentang Ustaz Hassan yang dikatakan mempunyai pandangan yang agak berbeza. Mereka beranggapan bahawa untuk mahu, kita kena berjuang dan berpolitik. Mereka percaya bahawa tiada Negara Islam yang berkekalan tanpa peperangan dan politik. Mereka bertekad untuk menegakkan perjuangan bersama-sama agar musuh Islam merasakan keperitannya.

Bab 26: Hari Wanita

Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun Strawberry manakala isterinya, Zaidah Hashim memasarkan hasil kebun di kedai kecil mereka. Musa Surray yang berbangsa Scot pernah menjadi penyiasat persendirian dan bekas anggota Sepcial Branch yang memerangi komunis dan seorang lagi kenalan Soleh, Yusuf Jensen berbangsa Belanda tetapi fasih berbahasa Indonesia kerana dia dilahirkan di Bogor. Soleh dibawa minum teh bersama Yusof Jensen dan menjemput dia untuk bersama-sama menerima kunjungan daripada keluarga Datul Azrul. Zain bersama ayah dan ibunya, Datuk Azrul dan Datin Aishah bertemu dengan keluarga Anne. Datin Aishah khuatir Zain akan menetap di luar Negara selepas berkahwin. Datuk Azrul dan sekeluarga bertemu dengan keluarga Anne di banglo yang digelar  The Golf View Cottage yang dahulunya dinamakan oleh pemilik asal The Fog Cottage. Majlis yang asalnya dirancang untuk membincangkan  perkahwinan Zain dan Anne bertukar menjadi pertemuan bersejarah apabila Datuk Azrul bertemu dengan Faridah yang juga kakak kepada buah hantinya, Rahayu yang telah meninggal dunia kerana menghidap barah paru-paru.

Bab 27:

Benny memandu keretanya untuk ke Pulau Pinang setelah mendapat e-mel berbahasa Arab. Dia meninggalkan rumah awal pagi dengan hati libang-libu. Dia meninggalkan rumah sehelai sepinggang dengan hanya sebuah ciuman di dahi isterinya, Melina. Ketika Benny tiba di kawasan perbukitan di Awana berhampiran Genting, telefon bimbitnya menyampaikan pesanan supaya terus ke Pulau Pinang dan bukan menyusur masuk ke bandar Ipoh. Selepas itu, Mehmood yang menghubunginya dari Kuala Lumpur menggesa Benny supaya menyerah diri kepada International Police. Benny tidak menyangka bahawa Mehmood seorang anggota polis yang menyamar untuk menjejaki Mohamed Attar. Benny tidak mengendahkan pujukan Mehmood kerana dia tidak mahu ditangkap dan kemudian dihantar ke pusat tahanan. Dia memutuskan penggilan lalu mencampakkan telefon bimbit itu keluar tingkat. Hanya tiga minit yang diperlukan untuk mengesannya. Bennya memandu terus. Suara Melina kembali dalam ingatannya. Betapa isterinya tidak menyenangi teman-temannya. Pendapat Benny selalu bertentangan dengan Ustaz Hassan Syukri mahupun Haji Awang, jirannya. Haji Awang menjelaskan tentang Islam kepada Benny tetatpi Bennu tetap tidak sependapat dengannya. Sebuah kereta memotong laju memadamkan ingatanya. Dia memecut laju untuk sampai ke destinasi. Dia tidak menyangka begitu jauh tindakan Mohamed Attar. Benny kecewa kerana dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Sebaik tiva di Pantai Miami dia berttemu dua orang lelaki. Mereka memperkenalkan diri mereka. Kemudian, dia menaiki bot menuju perairan antarabangsa.

Bab 28:  Cerita Penghujung Usia

Faridah dan Datuk Azrul terkenang akan peristiwa silam 25 atau 27 tahun lalu. Faridah bercerita tentang kisah hidupnya dan Ayu, iaitu adik kembarnya yang penuh dengan cerita duka. Mereka terpisah kerana perceraian ibu bapa. Selepas itu, Faridah tertanya-tanya tentang kehilangannya begitu lama dahulu. Datuk Azrul berkata bahawa dia telah jumpa banyak orang dan mendapat pelbagai sumber. Antaranya, ada cerita tentang orang bunian, mitos dan sejarah yang sudah lama dilupakan orang namun dia hanya percaya kepada satu sumber iaitu akal. Dia percaya akal Faridah telah bergerak jauh, merentasi ruang dan sempadan masa. Faridah juga berkesempatan bertemu Ayu sungguhpun hanya dalam mimpi. Selepas itu, mereka berbual tentang rumah bangle yang dibeli oleh Soleh, Memandangkan kedua-dua anaknya akan menetap di Malaysia. Faridah juga berkata bahawa dia sepatutnya menulis tentang pengalamannya ketika koma. Selain itu, dia juga ingin pulang untuk menziarahi kubur Ayu, Ghazali dan ibunya.

Bab 29: Pasrah

Melina termenung memikirkan Benny yang sudah empat hari menghilangkan diri tanpa pesanan. Melina tahu suaminya seorang yang bertanggungjawab dan pasti ada sebab mengapa Benny pergi tanpa satu pesanan. Melina teringat akan peristiwa pertama kali dia melihat Benny begitu bersungguh-sungguh untuk berubah semasa mereka dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan Ustaz Hassan Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. Akhirnya, Melina pergi ke balai polis untuk membuat laoran kehilangan. Akhirnya terbongkar juga kisteri kehilangan Benny apabila Melina memberikan beberapa kad kepada Inspektor Radzi tetapi Benny tidak terlibatd alam senarai tangkapan. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi dan panggilan daripada nombor yang tidak dikenali. Hatinya berdetik.

Bab 30:  Pangkuan

Sudah dua minggu Benny menghilangkan diri. Akaunnya sudah dipenuhi wang yang cukup untuk menyara hidupnya selama setahun. Rumah yang didiami Melina sekarang sudah ditukar ke atas namanya. Setelah menerima kereta daripada wakil Jaafar Al-Anbla, Khalid, Melina mengemaskan barang-barangnya dan bertolak ke Cameron Highlands setelah menolak permintaan Khalid untuk mengikutnya ke Dubai. Melina menuju ke Kuantan dan bergenti di sebuah kedai menjual cekera padat di Bandar Kuantan. Dia membeli sekeping CD Koleksi terbaikLOBG. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands dia teringat kembali perbualannya dengan Inspektor Radzi tentang penglibatan Benny dengan pengganas. Dia juga terkenang bagaimana Benny secara tiba-tiba membrek bagi mengelak agar tidak terlanggar seekor kucing hutan. Melina tidak percaya Benny terlibat dengan keganasan. Melina berhenti di sebuah masjid di Pekan Batang Kali untuk bersolat Zuhor. Setelah tiga jam perjalanan Melina tiba di Pekan Ringlet. Melina terus menelefon mamanya, Faridah. Faridah sangat terharu, Faridah dan Soleh menjemput Melina di Maybank Tanah Rata.

Bab 31:  Atas Nama Cinta

Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu baring serta tidak larat berdiri. Kedatangan Faridah disambut Sujak, anak Pak Talib. Mereka bersembang seketika tentang kehidupan Faridah dahulu yang telah pergi meninggalkan kampong dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. Faridah, Anne dan Zain berjalan dan meninjau di sekitar rumah lama Faridah, sambil mengimbau kembali kenangan lama dan peristiwa silam. Faridah menyuruh Zain mencari anak Pak Ghaffur, orang yang memegang kunci rumah lama Faridah kerana  dia ingin menunaikan solat taubat dan sujud syukur di dalam rumah tersebut. Di situ Faridah bersembang bersama Anne sambil memberinya nasihat bahawa wanita akan menjadi matang apabila dia bergelar isteri dan seterusnya menjadi ibu. Faridah juga menjawab soalan yang dilontarkan oleh Anne tentang sebab Faridah meninggalkan kampong halamannya suatu masa dahulu.