Sunday, May 29, 2011

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL BERMULA...

Selama bercuti kepada semua rakan guru dan anak-anak didik... walaupun bercuti selama 2 minggu, namun saya pasti semuanya sibuk dengan tugasan menanda kertas-kertas peperiksaan dan membuat segala kerja sekolah yang diberi. Semoga semuanya dapat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan baik...

Thursday, May 5, 2011

Kembali ke sekolah...

Setelah 4 minggu berkampung di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, akhirnya kami semua kembali ke sekolah semula untuk meneruskan perjuangan dan tanggungjawab. Banyak pengalaman yang kami peroleh sepanjang berkursus di Melaka. Semoga segala ilmu yang telah ditimba dapat dimanfaatkan demi memartabatkan bahasa Melayu semula. Sesungguhnya, Bahasa Itu Jiwa Bangsa!

Tuesday, April 26, 2011

Teks Komsas Baru Tingkatan 4 & 5 bermula SPM 2011

Antologi Harga Remaja bagi Tingkatan 4 dan Antologi Dirgahayu Bahasaku bagi Tingkatan 5 merupakan 2 buah teks komsas baru bagi murid-murid yang akan menghadapi Peperiksaan SPM bermula tahun 2011. Oleh itu, semua murid perlu menguasai semua genre sastera yang terdapat dalam kedua-dua buah buku tersebut. Semoga nota yang ada di dalam blog ini akan dapat dikongsi bersama-sama.

Wednesday, April 20, 2011

Sepetang Bersama-sama Roslan Madun

Pada 19 April 2011 jam 2.00 hingga 5.00 petang, semua peserta KDP 4 minggu telah diminta menjayakan satu program anjuran IPGKPPM Jabatan Pengajian Melayu iaitu "Sepetang Bersama-sama Roslan Madun ". Banyak ilmu yang dapat kami timba daripada beliau terutama tentang Puisi Melayu Tradisional. Alhamdulillah..Semoga ilmu yang kami peroleh dapat kami gunakan di bilik darjah nanti...Terima kasih daun keladi kepada beliau...

Roslan Madun - Gurindam 12 Fasal



Sumber : Youtube.com

Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu

Kursus Inovasi P&P Bahasa Melayu melalui TMK sekolah menengah telah diadakan di IPG, Kampus Perempuan Melayu Melaka bermula 4 April hingga 29 April 2011. KDP 4 minggu ini diadakan bertujuan melatih guru-guru bagi memantapkan dan meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran profesionalisme keguruan secara berterusan terutama melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Hal ini seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran untuk Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Harapan kami, guru yang menyertai kursus ini sangat besar iaitu ingin menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman berkaitan dunia teknologi maklumat (TMK) daripada tenaga pengajar yang dipertanggungjawabkan. Semoga ilmu tersebut dapat kami gunakan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik dengan lebih baik, kreatif dan inovatif terhadap anak didik kami.